Ada Lebihan Kulit? Jangan Risau Tips Ini Boleh Membantu Anda! - Abang Terlajak Laris


Ada Lebihan Kulit? Jangan Risau Tips Ini Boleh Membantu Anda!


Siapa ada lebihan kulit seperti gambar diatas ini? Pastinya ia mengganggu anda dalam kehidupan seharian kan? Abang nak share kan tips bagaimana anda boleh membuang lebihan kulit tersebut.

Menurut pakar, Dr Doug Willen yang juga dikenali sebagai The Health Fixer, satu cara atau proses yang boleh digunakan untuk menghapuskan skin tags (lebihan kulit) yang biasa ada di leher, celah ketiak, bawah mata adalah dengan bantuan cuka epal.

Medicine Net menjelaskan skin tags merupakan perkara yang biasa dan tidak merbahaya. Menghilangkan skin tagsboleh berlaku dalam pelbagai bentuk, ada yang melibatkan teknik khusus yang dilakukan oleh ahli dermatologi.

Willen menjelaskan bagaimana menggunakan cuka epal membantu untuk menghilangkanskin tags. Anda hanya perlu meletakkan cuka epal di kawasan yang terlibat, urut perlahan-lahan, lakukan rawatan berulang kali. Dari semasa ke semasa, anda boleh lihat skin tags mula hilang.

Sumber: Youtube

1 comment:

Powered by Blogger.