Anda Lelaki Pendek? Susah Nak Berfesyen? Cuba 10 Tips Ini - Abang Terlajak Laris


Anda Lelaki Pendek? Susah Nak Berfesyen? Cuba 10 Tips Ini

Menjadi lelaki rendah susah untuk mengenakan pakaian yang sesuai kan? Tiap kali beli seluar mesti nak kena potong bagi fit. Tak perlu bimbang! sekiranya anda mengamalkan 10 tips di bawah ini.

1. Pilih pakaian yang bercorak menegak dan saiz corak menegaknya kecil. Jangan pilih pakaian bercorak melintang.


2. Pilih saiz baju yang sesuai dengan saiz badan. Tidak terlalu ketat, hanya 'ngam-ngam' dengan bentuk badan. Elakkan dari membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar kerana anda akan kelihatan seperti kanak-kanak.



3. Jika anda memakai tali leher, pilih tali leher jenis skinny tie. Untuk aksesori lain seperti jam dan tali pinggang, anda digalakkan memilih yang bersaiz kecil dan ringkas.


4. Saterika seluar anda untuk mengelak daripada nampak tak kemas. Bila tak kemas, anda akan nampak lebih rendah dan tak terurus.

5. Pilih baju t-shirt yang berleher V berbanding baju t-shirt yang berleher bulat.


6. Elakkan dari memakai kasut yang mempunyai tapak yang tinggi.

7. Jangan simpan rambut terlalu panjang. Gaya rambut spike lebih sesuai.


8. Elakkan membeli atau memakai pakaian yang warnanya terlalu terang kerana ianya akan menampakkan bentuk tubuh anda yang rendah.


9. Pakai jaket yang ada satu atau dua butang sahaja. Elakkan dari memakai dua lapis jaket.

10. Jangan pakai tali pinggang yang mempunyai warna yang berbeza dengan pakaian. Contoh, memakai baju dan seluar berwarna putih, dipadankan dengan tali pinggang hitam.

No comments

Powered by Blogger.