Manusia Tidak Terlepas Daripada Dosa, Jom Baca & Amalkan Doa Ini - Abang Terlajak Laris


Manusia Tidak Terlepas Daripada Dosa, Jom Baca & Amalkan Doa Ini


Manusia mana yang terlepas dari melakukan dosa setiap hari, sama ada mereka menyedarinya atau tidak. Dosa-dosa ini terkadang tidak dirasai kerana dianggap sebagai perkara kecil atau dosa kecil sahaja. 

Apa pun, sebab itu seorang muslim dianjurkan supaya berdoa memohon ampun dan juga selalu bertaubat. Seperti mana nabi Muhammad s.a.w yang sering memohon ampun meskipun tidak melakukan maksiat. 

Jom, baca doa yang dipetik dari surah al Anbiya ayat 87 ini. Ia merupakan doa yang dianjurkan untuk mereka yang ingin bertaubat dan mengakui dosanya, sama ada yang diketahui mahupun tidak. 


"Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzoolimin."

Maksudnya:

"Tiada ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim."

No comments

Powered by Blogger.