Bekerja Sendiri? Tips Ni Untuk Mereka Mahu Buat Pinjaman Beli Rumah - Abang Terlajak Laris


Bekerja Sendiri? Tips Ni Untuk Mereka Mahu Buat Pinjaman Beli Rumah


Abang tahu ramai yang berniaga sendiri ada masalah untuk buat pinjaman beli rumah. Terutamanya tiada payslip. Perkongsian ini diharap dapat membantu anda.
Tiada payslip tidak mengapa. Berapa jumlah yang anda simpan? Simpan di mana? Sebenarnya, semua boleh buat pinjaman perumahan jika tahu caranya. Boleh ke pinjaman diluluskan? Sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang payslip atau penyata pendapatan seperti orang makan gaji.
Dokumen Yang Perlu Ada Untuk Buat Pinjaman Beli Rumah Buat Yang Berniaga Sendiri.

1. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  – Jika Enterprise Borang E dan lampirannya.
2. Penyata akaun bank syarikat (Selalunya akaun semasa) dan jika ada mengambil gaji sediakan juga penyata akaun simpanan/ semasa kita. Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.
3. Berdaftar dengan LHDN. Sudah membuat taksiran cukai pendapatan. Sediakan Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran (jika menggunakan e-filing).
4. CCRIS (Central Credit Reference Information System) dalam keadaan yang baik. Ambil slip CCRIS di Bank Negara.
5. Jika ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.

Bagaimana Bank Lihat Pendapatan Orang Yang Berniaga Sendiri?

Kita akan mengira keseluruhan jumlah yang masuk ke dalam akaun perniagaan setiap bulan. Sebab itu penggunaan akaun semasa amat digalakkan dan amat memudahkan, kerana penyata dikeluarkan secara bulanan. Tidak seperti akaun simpanan.

Satu nasihat saya, pastikan semua duit perniagaan masuk ke dalam akaun perniagaan sejurus tutup perniagaan setiap hari. Maksudnya tidak kira, anda berniaga pasar malam ke, bisnes trading yang menggunakan wang tunai ke, pastikan dapat duit, bank in dalam akaun.

Jika anda ingin membuat pembayaran dalam transaksi bisnes, gunakan cek atau bank in sahaja ke dalam akaun penerima. Mudah dan lebih selamat. Yang lebih penting, anda tahu di mana duit anda di belanjakan.

Di bawah ini contoh jumlah kredit dalam perniagaan anda.

Contoh Penyata (nilai dari TOTAL CREDIT)

Bulan 1 : RM55,000

Bulan 2 : RM63,000

Bulan 3 : RM49,000

Bulan 4 : RM52,000

Bulan 5 : RM58,000

Bulan 6 : RM60,00

Pendapatan purata perniagaan anda ialah lebih kurang RM56,000. (Jumlah kesemua pendapatan bulanan dan di bahagi dengan 6 bulan).

Bank akan lihat hanya 20% sahaja sebagai gaji pemilik. Yang selebihnya dianggap kos operasi atau stok.

Pendapatan bulanan : 20% x RM56,000 = RM11,200

Jadi, bank akan mengambil RM11,200 sebagai pendapatan bulanan dan dikira untuk kelayakan mendapat pinjaman.

Adakah saya layak buat pinjaman rumah?

Ianya bergantung kepada pendapatan, komitmen perbelanjaan dan displin anda sebagai peminjam (dapat tahu daripada CCRIS).

Bergantung pada bank untuk menetapkan tahap nisbah pendapatan dan komitment seseorang. Ada yang cuma 50%, ada yang 60% dan ada setinggi 70%.

Jadi, daripada pendapatan anda, jumlah komitmen peribadi anda yang dibenarkan oleh pihak bank ialah,

Jumlah komitmen yang dibenarkan : 60% x RM11,200 = RM6,720

Jika komitmen dengan bank seperti di bawah,

Contoh Komitmen

Kereta : RM1,500

Rumah : RM1,700

Jumlah komitmen : RM3,200

Jadi, Debt Burden Ratio/ Service (DBR/DSR)

DBR/ DSR : RM3,200/RM11,200 x 100% = 28%

Jika anda berhasrat untuk memiliki rumah untuk pelaburan yang bernilai RM400,000, tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah konservatif 5%, ansuran bulanan lebih kurang RM1,900.

Ini bermakna DBR/DSR baru anda ialah

DBR/ DSR baru : (RM3,200 + RM1,900)/ RM11,200 X 100% = 46%

Peratusan untuk lulus untuk pinjaman ini adalah tinggi.

Sumber: najibmohamed

No comments

Powered by Blogger.