Ber “Shell Out” di Rumah Sendiri, Jimat! - Abang Terlajak Laris


Ber “Shell Out” di Rumah Sendiri, Jimat!



Konsep hidangan makanan laut yang dilambakkan di atas meja yang beralas kertas parchment ini sememang menjadi trending. Dengan hanya membayangkan lambakkan ketam, sotong, udang penuh di meja bersama sambal khas sudah mampu membuatkan kita telan air liur. Tapi bukan semua orang mampu untuk mengunjungi kerana harganya yang boleh mencecah ratusan ringgit.

Abang ingin kongsikan resepi “Shell Out” buat sendiri dirumah. Ianya memang sesuai untuk dimakan sendiri. Hehe.

Ini resepi sendiri tau! Untuk dua orang makan.

Bahan bahanya ialah:

1 Ekor Ketam 
4 Ekor Udang
3 Ekor Sotong (saiz sederhana)
Lala
Tiram
*Semua bahan diatas ini direbus sekejap dan toskan.

Jagung (rebus sehingga masak letak garam sikit ketika mendidih 25 minit gitu)
Brokoli (celur sekejap)

Bahan untuk pes:

Cili boh
1 Biji Bawang besar
2 Biji Bawang putih
1 Biji Tomato
2 Batang Serai dititik
Halia (agak agak jangan banyak)
Air asam jawa
2 Batang Serai
1/2 Kuib ayam
Stock air rebusan seafood
Garam
Gula
Perasa

Cara cara membuatnya. 

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak, masukkan serai.
3. Naik bau, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga agak kering.
4. Masukkan cili boh (agak agak nak banyak mana), masak hingga naik minyak.
5. Masukkan sedikit air asam jawa, kiub ayam, garam, gula dan perasa . Kacau dan biarkan sekejap.
6. Masukkan bahan seafood tadi. Kacau bagi rata.
7. Masukkan brokoli dan tomato.
8. Kacau dan biarkan 5 minit. Jika kering masukkan stock air rebusan seafood tadi sedikit. 
10. Hidangkan dengan jagung dan hiaskan dengan lemon.

Selamat mencuba!



No comments

Powered by Blogger.