Berjaya Tanpa Ijazah, Masih Relevankah ? - Abang Terlajak Laris


Berjaya Tanpa Ijazah, Masih Relevankah ?


Pemerhatian dan penelitian berdasarkan mata kasar, insan-insan jutawan seperti Richard Branson, Bill Gates and Steve Jobs, kesemua mereka tidak menghabiskan pengajian yang sedang ditekuni dan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia keusahawanan.

Pendidikan tidak penting untuk berjaya?

Adakah kenyataan ini benar?

1 – Pelajar Tercicir yang Berjaya
Bill Gates dan Mark Zuckerberg merupakan contoh pelajar tercicir yang berjaya. Namun, ‘tercicirnya’ mereka bukan dari universiti yang biasa malah dari Universiti Harvard, universiti yang terletak pada tiga tangga teratas di dunia.

Kedua-dua tokoh ini telah menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam bidang ‘programming’ pada usia yang sangat muda. Tambahan, mereka membuat keputusan untuk memberhentikan pengajian mereka disebabkan mereka sudah jelas mengenai projek yang sedang dilaksanakan.

Bagi Steve Jobs dan Richard Branson pula dikategorikan dalam jenis tercicir yang lain. Hal ini bermaksud mereka pernah memasuki kolej pengajian  dan hanya memberi fokus kepada subjek yang diminati sahaja. Bagi subjek yang lain, istilah lulus itu jarang sekali berlaku.

Steve Jobs tidak berkesempatan menghabiskan ijazahnya di Reed’s College dan sangat  aktif mengikuti projek-projek berkaitan elektronik, kejuruteraan, seni dan sastera.

Richard Branson pula tidak langsung berpeluang pergi ke mana-mana kolej pengajian. Beliau rancak memulakan perniagaan majalah dengan baik semasa alam persekolahan lagi. Majalah sekolah itu dikenali sebagai Student.

2 – Jangan Mudah Percaya Sesuatu Penyataan
Mudah untuk menganggap memiliki segulung ijazah adalah perbuatan yang sia-sia. Hal ini hanya terjadi bagi individu yang tidak memiliki motivasi dan tidak mempunyai matlamat dalam hidup. Namun harus diakui bahawa usahawan-usahawan yang berjaya memilki kemahiran, bakat dan memiliki jaringan yang kuat untuk mengembangkan impian menjadi usahawan yang berjaya.

Diakui bahawa sesetengah kemahiran dapat dipelajari melalui pengalaman berbanding memilikinya di dalam kelas. Namun, kemahiran yang tinggi seperti kewangan, pemasaran, komunikasi dan sains komputer juga begitu penting untuk dipelajari untuk menjamin masa depan seseorang.

3 – Fikir Masak-Masak
Sebelum membuat keputusan untuk berhenti belajar, jawab dahulu akan soalan-soalan berikut:

1. Adakah anda jelas dengan kemahuan dan kebencian anda?
2. Adakah anda memiliki sebarang pengetahuan terhadap sesuatu kerjaya?
3. Adakah anda sudah memiliki individu yang mampu untuk anda bekerjasama seperti Mentor, rakan kongsi atau pakar industri?
4. Sekiranya jawapannya ‘TIDAK’, anda harus memikirkannya semula.

Pada abang pendidikan itu sangat penting. Seharusnya pendidikan seiring dengan apa yang kita usahakan. Pendidikan membezakan cara pemikiran dalam sesuatu tindakan. Tidak mudah untuk kita memulakan sesuatu pekerjaan tanpa ilmu.

Sumber: Majalahniaga

No comments

Powered by Blogger.