Bintik Kolesterol Di Mata? Cuba 10 Cara Ni Hilangkannya Tanpa Pembedahan - Abang Terlajak Laris


Bintik Kolesterol Di Mata? Cuba 10 Cara Ni Hilangkannya Tanpa Pembedahan


Bintik kolesterol yang muncul sekitar wajah seperti jerawat dikenali sebagai Xanthelasma. Bintik ini menandakan paras kolesterol dalam badan kita adalah tinggi. Jangan ambil mudah dalam hal ini, kerana jika dibiarkan mungkin akan penyebab kompilasi masalah seperti darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya.

1. Kurangkan makanan berlemak dan tinggi kolesterol. 

2. Ambil banyak buah buahan segar dan juga sayur-sayuran kerana ia juga boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan, anda digalakkan ambil buah segar, bukan jus buah. Sebab kita perlukan fiber dari buah tu bukan air semata.

3. Ambil banyak makanan yang mengandungi kolesterol baik dan tinggalkan kolesterol jahat. Kolesterol jahat dikenali sebagai LDL dan kolesterol baik dikenali sebagai HDL.

4. Makanan yang meningkatkan paras HDL adalah seperti gandum penuh. Kalau makan roti boleh bertukar kepada wholemeal bread berbanding dengan roti putih.

5. Makanan seperti daging, marjerin dan desert yang manis-manis hendaklah di jauhkan kerana makanan ini boleh meningkatkan lagi paras kolesterol jahat.

6. Tingkatkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras lemak baik seperti kekacang, avocado, olive oil. Pengambilan yang teratur boleh membantu anda menurunkan paras kolesterol yang ada.

7. Ambil omega 3. Cara mudah ambil suplemen yang kaya omega 3.

8. Lebihkan hidangan ikan dalam menu harian, kurangkan menu seperti daging atau makanan laut. Ikan yang bagus adalah seperti ikan laut dalam macam sardin, macherel, salmon.

9. Tambahkan bawang putih dalam hidangan anda. Bawang putih berfungsi sebagai agen anti radang yang mana kolesterol akan meningkat dengan adanya proses keradangan dalam badan. 

10. Pengambilan suplemen khas untuk kolesterol yang sangat disarankan ialah Phytocol-ST, Omega Guard, Garlic dan Lecithin.

No comments

Powered by Blogger.