Cara Bijak Menjinakkan Kucing Peliharaan atau Liar - Abang Terlajak Laris


Cara Bijak Menjinakkan Kucing Peliharaan atau Liar


Orang cakap mereka yang memelihara kucing ni seorang yang penyayang? Betul ke? Abang pun ada kucing macam anda tahu, iaitu Dody. Dody ni kasar sikit sebab kucing liar kan? Abang nak share sikit mengenai Dodi ni. 

Ianya baka “Savannah” dari Afrika, kucing berbulu jingga dan bertompok-tompok hitam, berumur tiga bulan, sebesar empat kali ganda saiz kucing biasa. Kucing Savannah merupakan kacukan kucing dengan haiwan serval, sejenis kucing liar bersaiz sederhaha tetapi bertelinga besar, dan mula popular sedunia sejak tahun 1990-an.

Abang share kan juga cara menjinakkan kucing untuk anda.

1. Mulai dengan menyediakan tempat tinggal khusus untuknya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam cara menjinakkan kucing peliharaan adalah dengan memberikan ruangan khusus untuknya tinggal. Siapkan perlengkapan lengkap, mulai dari kandang, litter box, tempat makan, mangkuk air, serta mainannya. Pastikan tidak ada ruang yang terbuka agar kucing anda tidak melarikan diri. Pastikan ruangan cukup selesa dengan pencahayaan tidak terlalu terang sebab umumnya kucing merasa kurang selesa dengan tempat penuh cahaya. 

2. Ketahui bahasa tubuhnya
Perkara lain yang perlu diperhatikan dalam cara menjinakkan kucing peliharaan adalah dengan memperhatikan gerak-gerinya agar kita menjadi lebih waspada. Beberapa perkara yang dapat dijadikan sebagai tanda-tanda kucing akan menyerang adalah ianya kelihatan lebih gelisah dengan matanya membesar dan lebar. Cuping telinga menekuk ke belakang dan mengeram ketika anda mendekati. Apabila ini yang terjadi, sebaiknya Anda menjauhi si kucing terlebih dahulu.

3. Lakukan kitten trick
Kitten trick merupakan salah satu cara yang cukup efektif untuk melatih kucing dirumah agar tidak menggunakan cakarnya secara sembarangan. Anda boleh melakukannya dengan menempatkan mainan sejajar atau sedikit diatas kepala kucing dan biarkan ia mencuba meraihnya menggunakan kaki-kakinya. apabila dia berhasil meraih, biarkan sang kucing bermain selama beberapa waktu. Selanjutnya, ambil mainan tersebut dan lakukan langkah sekali lagi. 

4. Berikan hadiah
Anda boleh membiasakan memberikan hadiah untuk menjinakkannya. Anda bisa memberikan beberapa hadiah, seperti makanan atau belaian ketika ia sedang berbuat baik. Secara automatik akan diingat sang kucing sehingga dia akan mau bermanja-manja dengan anda.

5. Biasakan dia dengan sentuhan
Biasakan kucing anda agar terbiasa dengan sentuhan dan tidak langsung marah ketika disentuh. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan sering bermain dengannya. Sentuh kakinya, lihat matanya, gosok perutnya, dan buka mulutnya seperti ketika doktor ingin melakukan pemeriksaan tubuh. Hal inilah yang dinantinya akan membuat kucing menjadi lebih tenang ketika berhadapan dengan orang lain.

Sumber: sukakucing

No comments

Powered by Blogger.