Cara Paling Kemas Untuk Tampal Lencana Pada Baju Sekolah - Abang Terlajak Laris


Cara Paling Kemas Untuk Tampal Lencana Pada Baju Sekolah


Minggu depan dah nak buka sekolah, pastinya kaum ibu sedang sibuk menyiapkan pakaian dan kelengkapan sekolah untuk anak anak kan? Satu perkara yang melecehkan ianya nak jahit lencana sekolah. Kalau seorang takpe lagi. Kalau dah 4 5 orang macam mana? Ok! Tips ni abaang jumpa dalam facebook, ramai yang dah kongsi. Jom cuba!

Caranya mudah sahaja;

1. Sediakan bahan-bahan iaitu gam UHU, lencana, kadbod (gunting dari kotak terpakai), tuala basah dan seterika.

2. Letakkan kadbod di belakang poket.

3. Letakkan lencana yang telah diletakkan gam UHU di bahagian belakang. Tampal pada poket.

4. Dengan menggunakan tuala basah, seterika lencana tadi.

5. Siap. Lencana kemas terletak di bahagian poket baju sekolah.


Tips dikongsi oleh: Nanie Salim 

No comments

Powered by Blogger.