Dengan Hanya Melihat Hidung Anda Boleh Kenali Lelaki Tu Jenis Macam Mana? - Abang Terlajak Laris


Dengan Hanya Melihat Hidung Anda Boleh Kenali Lelaki Tu Jenis Macam Mana?


Abang jumpa info menarik tentang hidung. Mengikut info ini, perwatakkan lelaki boleh dikenali dengan melihat hidungnya. Tidak lah diketahui sejauh mana kesahihannya tapi cuba anda tengok ada tak perwatakkan yang dikongsikan ini sama dengan diri anda.

1. Hidung agak besar 
Lelaki berhidung agak besar mencerminkan sikapnya yang mudah tersentuh apabila dia menyintai pasangannya. Boleh dikatakan lelaki jenis ini bernafsu besar terhadap pasangan walaupun diselubungi sifat pemalas. Jadi hindari diri daripada menjadi malas kerana ini satu-satunya sifat yang membuatkan kamu nampak tidak macho!

2. Hidung agak besar dan bulat
Lelaki jenis ini adalah lelaki yang sukakan pada fesyen terkini dan tidak terlepas untuk meng-update kan diri dengan fesyen terkini.Ini juga membawa maksud kamu tidak gemar diperlekehkan oleh orang lain. Selain itu, kamu suka diberi perhatian. Jika sesuatu tidak mengikut kehendak kamu, kamu pasti akan protes!

3. Hidung agak besar bahagian bawah 
Mencerminkan seseorang yang tidak pandai untuk menyimpan wang. Si dia akan menghabiskan semua duit demi wanita yang di sayangi tanpa menghiraukan dirinya yang bakal papa. Untunglah mereka yang disayangi oleh lelaki sebegini. Selain itu, sifat baik lelaki ini juga adalah mereka tidak sesekali bersangka buruk kecuali dengan bukti yang nyata.

4. Hidung agak besar tapi mancung 
Mencerminkan dia seorang yang angkuh dan suka mementingkan diri sediri.
Walaupun hidung mancung ini biasanya seorang yang hensem dan segak namun terselit juga mereka yang hidung mancung ini sebenarnya seorang yang angkuh dan mementingkan diri. Mereka tidak pandai menjaga hati pasangan dan sentiasa fikir mereka betul

5. Hidung agak besar tapi penyek
mencerminkan dia seseorang yang tidak punya inisiatif.
mereka yang mempunyai hidung sebegini menurut ramalan adalah seorang yang tidak mempunyai daya pemikiran yang tinggi. Mereka tidak agresif dan selalunya sukar untuk melakukan sesuatu inisiatif baru. Mereka lebih kepada menerima apa sahaja daripada mencipta kenangan sendiri. Boleh dikatakan seorang yang membosankan!

6. Hidung agak kecil 
Mencerminkan dia seoarang yang cerdas namun hidupnya selalu menderita.
Sedih juga mendengar ramalan bagi lelaki hidung kecil kerana mereka ini otaknya cergas namun hidup mereka menderita. Menyedihkan kerana mereka yang memiliki hidung jenis ini harus berusaha lebih untuk diri sendiri

No comments

Powered by Blogger.