Doa Untuk Elak Dari Terkena Santau - Abang Terlajak Laris


Doa Untuk Elak Dari Terkena Santau


Bacalah ayat ini Tiga sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum dan sebagainya. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya. 

Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.


Menurut Tuan Guru Dato' Haron Din, mengamalkan doa diatas tiga (3) kali pagi dan tiga (3) kali diwaktu petang, dengan izin Allah terhindar dari musibah sepanjang hari tersebut.

Selain itu juga, sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau pekerjaan, (sebagai contoh masuk hutan, pergi berburu atau perjalanan ke tempat yang jauh samada baru atau yang biasa pergi) eloklah dibaca doa ini sebanyak tujuh (7) kali dan sekiranya ada gangguan sebagai contoh telefon berbunyi, gangguan dari anak-anak ataupun mungkin bacaan tersekat-sekat, Tuan Guru Dato' Haron Din menasihatkan supaya kita berehat dahulu dan kemudian diulangi semula bacaan doa tersebut dengan lancar sebanyak tujuh kali barulah boleh dimulakan perjalanan atau sesuatu pekerjaan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.