Gulai Lemak Kulat Sisir Cara Orang Lama, Sedap! - Abang Terlajak Laris


Gulai Lemak Kulat Sisir Cara Orang Lama, Sedap!


Nampak sedap kan? Ni maunya menambah dua pinggan nasi. Hehe. Tak susah pun nak buat ni. Campak campak je dah siap. Kepada anda yang teringin dan mengidam tu boleh lah buat abang dah lampirkan respinya bawah ni.

Bahan-bahan:

200gm kulat sisir
1 ikat pucuk paku | dipetik-petik
20 biji cili api (merah dan hijau)
½ inci kunyit hidup
10 ekor ikan bilis | dikopek
2 batang serai | dititik
250ml santan
250ml air
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kulat sisir dibersihkan segala kotoran, kerat kakinya jika terlekat kulit kayu kemudian direndam. Sauk kulat sisir menggunakan tangan buangkan air serta kekotorannya. Rendam sekali lagi & buatlah seperti tadi sekali lagi supaya semua kekotoran yang melekat pada kulat terpisah.  Cucurkan kulat di bawah air paip & tos sebentar.  Tumbuk kulat menggunakan lesung batu tetapi jangan sampai hancur. Tumbuk manja manja je ya.

2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah & kunyit hidup hingga lumat.

3. Dalam periuk, masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam & serbuk perasa secukupnya.  

4. Masukkan pucuk paku.

5. Masak dengan api sederhana sambil sentiasa dikacau.  Jika suka boleh masukkan 1 keping asam gelugur.  Boleh dimatikan api bila dah secukup rasa.

No comments

Powered by Blogger.