Guna Bahan Ni Je, Buat Pembersih Muka Sendiri Kesannya Lebih Puas! - Abang Terlajak Laris


Guna Bahan Ni Je, Buat Pembersih Muka Sendiri Kesannya Lebih Puas!

Banyak sekarang ni kan pembersih muka di pasaran? Tapi awas tak semuanya sesuai dengan kulit muka ada yang menggunakan bahan kimia. Cuba anda amalkan petua ni. Senang dan murah! Yang pasti semuanya bahan organik. Cuba k!


Bahan bahan:
Serbuk teh yang dah guna
Lemon
Limau nipis
Air teh yang tak habis minum
Ais cube

Jom cuba langkah-langkah ini:
1. Mula-mula guna wet tisu untuk remove mekap di kulit wajah.
2. Cuci muka bersih-bersih dengan pencuci muka.
3. Perah lemon dalam serbuk teh (agak-agak dalam 1 sudu besar air perahan)


4. Perah air limau nipis sikit (dalam setengah sudu)
5. Basuh muka dengan air teh dan tepuk-tepuk sikit muka.


6. Kemudian sapu serbuk teh yg dah diperah dengan lemon dan limau nipis dekat muka. Gosok macam korang cuci muka. Sental semua.
7. Biarkan kering dalam 30 minit je. Selepas itu bilas muka dengan air biasa.
8. Akhir sekali ambil ais cube sapu seluruh muka.


9. Kesan dia fuhh segar muka! Rasa bersih dan lembut! Pori-pori pon bersih dan mengecil.

Pesanan:
Dalam seminggu boleh buat sekurangnya 3 kali. Nak buat hari-hari pun boleh.

Kebaikan:
1. Menghilangkan sel-sel kulit mati. In shaa Allah kulit berseri.
2. Menanggalkan kotoran di kulit wajah.
3. Mengecutkan jerawat.
4. Kulit lebih lembut dan halus.
5. Kulit bersih.
6. Mengecilkan pori-pori wajah.

Sumber: Aya Zuki

No comments

Powered by Blogger.