Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan Ini - Abang Terlajak Laris


Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan Ini


Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Abang tak datang senggugut. Hehe.

Tapi abang nak kongsikan info ini kepada semua kaum hawa. 

1. Tuaman panas
Percaya tak? Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks. Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana. Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung.  Kalau malas, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. Minum air suam
Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut. Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

3. Aktifkan diri
Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Ia dibuktikan Journal of Women’s Health melalui sebuah laman web. Oleh itu, cubalah menyibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah, mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial dengan kawan-kawan, atau melakukan senaman ringan di taman.

Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
4. Ambil herba dan supplemen
Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan. Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh. Selain halia, anda juga boleh meminum teh hijau, air asam jawa, madu, atau jus daun betik.

Antara suplemen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan

5. Jaga 'pantang'
Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya:

Elakkan – makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.

Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Kalau teringin memakan coklat, carilah dari sumber coklat gelap yang kurang manis. Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti ‘cashew nut’ dan ‘almond’ juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi.

6. Bertukar kepada ‘Cloth pad’ atau ‘Organic pad’
Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan? Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada ‘cloth pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di kedai mahupun secara ‘online’.

Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan ‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!

7. Pil penahan sakit
Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, iaitu sejenis paracetamol.

Menurut doktor, pengambilan ubat-ubatan begini tidaklah memudaratkan asalkan anda mengambilnya dengan dos yang betul.

Namun, seperkara yang perlu diingat ialah ubat seperti ini tidak berfungsi untuk merawat, tetapi hanya untuk melegakan.

8. Pil perancang
Sebenarnya, selain digunakan untuk merancang kelahiran, pengambilan pil perancang mampu menjadikan proses ovulasi lebih teratur. Penggunaan pil perancang bertindak hilangkan senggugut dengan mengawal paras hormon dalam badan.

Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil apa-apa ubat-ubatan berkala seperti pil perancang ini.

No comments

Powered by Blogger.