Ikut 10 Tips Berguna Ini, InshaAllah Anda Akan Bergelar Usahawan Berjaya! - Abang Terlajak Laris


Ikut 10 Tips Berguna Ini, InshaAllah Anda Akan Bergelar Usahawan Berjaya!


1. Tahu tentang produk dan industri yang diceburi
Apakah yang anda nak jual? Anda perlu lakukan research ke atas produk anda sendiri, produk pesaing-pesaing anda, dan jalankan penyelidikan industri secara keseluruhan.

2. Kenal pelanggan atau target market
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu mempunyai fokus atau tumpuan khusus kepada jenis pelanggan.

3. Cari partner yang sesuai dan betul-betul 'ngam'
Kita tak semuanya reti dalam semua aspek, jadi carilah partner yang membantu dan boleh dipercayai. Contohnya untuk kewangan dan pengurusan. 

4. Bentuk pasukan yang hebat
Bukan senang nak membentuk satu pasukan yang dinamik. Sepanjang berniaga, mesti ramai orang datang dan pergi. Ianya mengambil masa yang lama untuk mencari orang yang sempurna dan ia sangat sukar. Selepas membentuk pasukan, anda perlu melatih pasukan anda dan jadikan mereka ketua. Wujudkan ketua dalam setiap pasukan yang untuk membantu anda setiap hari dalam menentukan hala tuju syarikat. Dari sini, karier mereka juga akan berkembang.

5. Bijak mengurus masa
Anda perlu betul-betul membahagikan masa diantara kerja dan keluarga. Anda kena buang istilah 'buang masa' dalam hidup. Setiap jam mesti dipenuhi dengan pelbagai urusan. Hidup yang begitu sibuk sebenarnya lebih produktif. Sebab kalau anda ada banyak masa, mungkin masa itu akan disia-siakan begitu saja.

6. Delegasi dan komunikasi
Adalah sangat pentingkan kerja berpasukan. Delegasikan atau bahagikan kerja-kerja kepada ketua dan para pekerja anda agar segalanya berjalan lancar, teratur, dan cepat. Tapi apa yang lebih penting ialah komunikasi. Anda perlu berkomunikasi dengan pekerja anda tentang masalah yang timbul dan bincangkan cara atau jalan penyelesaian, anda juga perlu follow up, dan paling penting anda mesti kena turun padang, tak kiralah sama ada ke pejabat ataupun ke majlis.

7. Cari kritikan bukan pujian
Kritikan amat membantu untuk kita menambah mutu atau kualiti produk/servis kita. Walaupun ada masanya pahit dan sukar untuk saya terima, kritikan-kritikan inilah yang menujukkan tentang kelemahan jenama anda. Anda perlu ingat bahawa anda tak akan dapat puaskan hati semua pihak. Jadi, mesti akan ada kritikan yang perlu anda hadapi. Just take it positively, improve, and move forward.

8. Gunakan sepenuhnya media sosial 
Produk atau jenama anda perlu sentiasa relevan dan up-to-date, tidak kiralah jenis perniagaan apa pun yang anda ceburi. Cuba maksimumkan penggunaan media sosial sebaik mungkin dan ambil kesempatan melaluinya. Media sosial memang sangat penting untuk menjadikan jenama anda lebih dikenali ramai.

9. Dapatkan sokongan yang baik
Ramai orang terlupakan perkara ini. Dalam berniaga, anda perlu berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran dan kritikan. Perkara-perkara tidak boleh dikawal inilah yang akan menjatuhkan anda kalau anda tak kuat. Anda akan rasa demotivated, putus asa, dan tidak bersemangat lagi untuk teruskan perjuangan.

Jadi, kalau anda tiada sokongan yang baik, siapa yang akan bangkitkan semula semangat anda ketika anda sedang jatuh?

Itulah sebabnya sistem sokongan seperti ibu bapa, ahli keluarga, suami/isteri, anak-anak, rakan karib, dan orang-orang penting ini amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka, pasti kita tak akan mampu melangkah jauh. Oleh itu, jagalah hubungan baik dengan orang-orang tersayang.

10. Sentiasa percaya kepada Tuhan
Allah adalah Perancang segala-galanya. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki itu di tangan Tuhan dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk di muka bumi ini. Sepayah mana pun liku hidup anda, Tuhan boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup anda, Tuhan boleh menarik segalanya dalam sekelip mata.

Sumber: Diolah daripada says.com

No comments

Powered by Blogger.