Ini 3 Rahsia Makan Banyak Tapi Badan “Maintain” - Abang Terlajak Laris


Ini 3 Rahsia Makan Banyak Tapi Badan “Maintain”


Setiap dari kita memiliki metabolisma yang berbeza-beza, ada yang cepat ada yang lambat. Metabolisma ini adalah proses mengubah makanan menjadi tenaga bagi tubuh. Namun kadar kecepatan metabolisma ini juga boleh dipengaruhi oleh faktor genetik, usia, rutin tidur dan pemakanan. Untuk kaedah pemakanan yang betul agar badan tetap maintain walaupun kerap makan, boleh ikuti tips pemakan yang dipetik dari dibawah ini. 

1. Banyak Ambil Protein
Tubuh lebih mudah membakar kalori yang terdapat pada protein dibandingkan lemak mahupun karbohidrat. Jadi pilih makanan kaya protein yang rendah lemak pada daging merah, ayam, ikan, tauhu dan kacang-kacangan.

2. Sarapan Jangan Lupa
Ini adalah waktu makan paling penting tapi sering kita abaikan. Tapi sarapan hendaklah seadanya saja untuk mengawali proses metabolisma supaya tubuh memiliki tenaga untuk bekerja sepanjang hari.

3. Makan Kerap Tapi Sedikit
Jangan biarkan perut kosong selama tiga-empat jam. Membiarkan perut kosong selama tempoh itu boleh menurunkan metabolisma tubuh.

Ambil snek ringan (diulangi ringan!) yang mengandungi protein dan karbohidrat seperti pisang dan kacang atau epal. Inilah tiga rahsianya. Mudah kan. Lebih mujarab jika diamalkan dengan senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali wajib jogging.

Sumber: lelakisihat.com 

No comments

Powered by Blogger.