Jerawat Badan? Cuba 3 Cara Ini Untuk Menghilangkannya - Abang Terlajak Laris


Jerawat Badan? Cuba 3 Cara Ini Untuk Menghilangkannya


Cara-cara untuk mengatasi:

1. Lulur putih telur dan timun

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan:
Telur ayam kampung – ambil bahagian putih sahaja
Timun – (dipotong kecil)

Cara-cara untuk membuatnya ialah:
1. Kisar timun kemudian campurkan dengan putih telur.
2. Kacau sehingga sebati, kemudian oles pada bahagian yang ditumbuhi jerawat.
3. Biarkan lulur kering, cuci dengan air suam.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, mandi menggunakan sabun antibakteria. Kemudian barulah oles lulur. Lakukan petua ini dua kali seminggu, jerawat akan kering dan tidak meninggalkan parut.

2. Gula pasir dan yogurt

Bahan-bahan yang perlu anda sediakan ialah:
Gula pasir
Yogurt original

Cara-cara untuk membuatnya ialah:
1. Gaulkan dua bahan ini, kemudian oles pada tubuh secara perlahan-lahan.
2. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam.

Kombinasi bahan ini bukan sahaja merawat jerawat malah ia membantu menjadikan kulit badan licin, halus dan cerah.

3. Khasiat lendir lidah buaya

Bahan yang perlu anda sediakan ialah:
lidah buaya – potong kepada dua bahagian, ambil lendirnya

Cara-cara untuk rawatan:
1. Sapukan lendir lidah buaya pada bahagian berjerawat, biarkan kering.
2. Kemudian bilas dengan air bersih. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.

Jangan sampai terkena bahagian daun lidah buaya kerana boleh menyebabkan kulit menjadi gatal atau miang.

Gel Aloe Gamat membantu memudarkan kesan parut akibat kecederaan, kulit kering dan juga sesuai untuk ibu bersalin.



Harga: RM 29.90
Dapatkan dengan agen agen online dan toko toko jamu terdekat anda.

No comments

Powered by Blogger.