Kejayaan Seorang Suami Dimulai Dari Doa Seorang Isteri - Abang Terlajak Laris


Kejayaan Seorang Suami Dimulai Dari Doa Seorang Isteri


Ada pepatah mengatakan disebalik kejayaan suami ada seorang wanita. Wanita itu ialah isteri kita. Yang selalu berdamping dengan kita melalui saat susah dan senang dalam rumahtangga. Abang bertuah dikurniakan seorang isteri yang memahami diri ini.

Abang bukanlah insan yang sempurna, ada kekurangan tetapi dia tetap bersama abang. 

Wahai para suami ketahuilah bahawa isteri sangat menyayangi dan mencintaimu lebih dari yang kamu tahu. Yang mencintaimu apa adanya, bukan ada apanya. Yang menyayangimu kerana hati bukan kerana harta dan fizikalmu.

Dia mencintai dan menyayangimu dengan setulus hati dan sepenuh jiwa. Yang akan setia menemani hidupmu dikala sehat dan sakitmu, dikala susah dan senangmu, dikala derita dan bahagiamu, dikala sedih dan senyummu, dikala perih dan pahitmu, dikala muda dan tuamu, dikala gelap dan terangmu, dikala panas dan teduhmu, dikala mendung dan hujanmu, dikala petir dan pelangimu.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

Belahan jiwamu akan selalu ada untukmu kerana kau adalah separuh nafasnya. Dia akan selalu menjagamu kerana kau sangat berharga dari apapun. Dia akan selalu tersenyum kerana kau adalah jantung hatinya. Dan dia akan selalu mendo'akanmu kerana kau adalah separuh hidupnya.

Hal Terindah dari seorang isteri adalah bukan saat ia tersenyum bahagia. Tapi saat butiran air matanya terjatuh saat berdoa.

Bukan kerana kecantikan yang mempesona,tapi kerana sujud rukuknya yang tiada henti. Atau bukan kerana keelokan tubuh yang di pamerkan, tapi kerana keteguhan imannya dalam menjaga auratnya. Maka ia adalah permata yang dirindukan dan embun yang dinantikan. Bahkan bidadari pun cemburu kerananya. InshaAllah.

Sumber asal: Puan Rohana Saad

No comments

Powered by Blogger.