Kenapa Anda Suami Isteri Perlu Bergurau Dalam Rumahtangga? - Abang Terlajak Laris


Kenapa Anda Suami Isteri Perlu Bergurau Dalam Rumahtangga?


Bergurau senda dan bergelak ketawa adalah fitrah manusia. Tidak ada manusia yang suka pada kesedihan dan rasa bosan dalam perkahwinan.

Dengan bergurau senda dan ketawa ia dapat melahirkan suasana kebahagiaan dalam perkahwinan, seterusnya melahirkan ahli keluarga iaitu anak-anak yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Dalam perkahwinan bergurau tidak boleh dilakukan setiap masa sehingga pasangan akan beranggapan semua yang dibuat adalah sebuah gurauan. Bergurau juga biar bertempat dan jangan sakitkan hati pasangan dengan gurauan.

Cara dan adab bergurau dengan pasangan:

1. Bergurau tentang sesuatu yang boleh membuat kita tergelak dan rasa kasih pada pasangan. Umpamanya memuji dan membelai pasangan dengan cara yang menghiburkan.

2. Bergurau, biar sesuai dengan masa dan bertempat, jangan bergurau ketika pasangan sedang dalam keadaan yang amat sedih seperti kehilangan ahli keluarga atau ditimpa malapetaka.

3. Berguraulah dengan perkara yang benar dan menghiburkan, jangan bergurau mengenai perkara yang sensitif. Umpamanya mengungkit kisah lampau pasangan dan mengejek mengenai fizikal pasangan.

4. Walaupun sudah berkahwin dan menjadi pasangan, bergurau perlu ada batasnya, jangan bergurau sehingga boleh membawa sesuatu yang memudaratkan pasangan.

5. Bergurau biar berpada-pada. Bukan semua perkara boleh dijadikan gurauan dan dalam perkahwinan perlu ada saat serius membincangkan mengenai sesuatu. Jangan anggap semua perkara adalah gurauan. Perlu membezakan gurauan dan perkara serius dalam kehidupan.

6. Dalam bergurau, jangan ada unsur-unsur yang boleh menakut-nakutkan dan membuat pasangan rasa cemas dan panik. Ini kerana rasa takut dan cemas akan membuat pasangan tidak suka apabila bergurau. Mereka mungkin menganggap bergurau sedemikian akan mengancam diri dan tidak dapat membezakan kebenaran dan gurauan.

Sumber: pesonapengantin 

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.