Kenapa Pentingnya Rezeki Yang Berkat? Baca Ni Anda Akan Faham - Abang Terlajak Laris


Kenapa Pentingnya Rezeki Yang Berkat? Baca Ni Anda Akan Faham


Bila berkerluarga, kita bukan hanya mencari rezeki untuk diri sendiri sahaja, malah isteri dan anak menikmatinya bersama.

Sanggup ke kita melihat mereka menyuap makanan dengan rezeki yang tidak telus kita berikan. Tiga sebab pentingnya keberkatan ini membuatkan anda berfikir sejenak. Semoga bermanfaat!

1- Rasa 'best'
Ada lain sedikit kepuasan yang anda dapat jika anda betul-betul berusaha gigih untuk bekerja dengan jika anda hanya goyang kaki, elak kerja dan tunggu gaji masuk.

Walaupun lebih senang dan kurang perih, rasa 'best' tu yilek. Lagipun, sebab anda tahu betapa susahnya anda bekerja untuk mendapatkan duit, anda akan lebih berhemah ketika berbelanja. 

2- Darah daging
Apa yang anda dapat dan anda beli untuk makan, akan menjadi darah daging anda. Rezeki ini jugalah penyambung kepada kelangsungan hidup anda, pasangan dan cahaya mata anda berdua.

Kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk yang tersayang, jadi sumber rezeki kita pun kenalah yang terbaik, okay? Setiap sen perlu berkat. 

3- Duit cukup sampai hujung bulan.
Duit cukup sampai akhir bulan adalah satu level kegembiraan yang seronok dan penuh syahdu. Walaupun kadang kala itu, gaji anda tidak banyak sangat selepas dicampur imbuhan dan lain-lain, entah macam mana rasa okay sahaja sampai gaji bulan berikutnya.

Kadang kala kalau dah nak habis itu, tiba-tiba ada rezeki lain. Ada beza dengan rezeki yang anda dapat daripada hasil usaha kerja yang tidak seberapa.

Jadi, selalu buat kerja dengan bersungguh, okay? Sebab inshallah walaupun jika gaji kita tidak setimpal, rezeki akan datang dalam banyak cara lain yang kita tidak duga.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.