Kulit Sensitif? Tak Perlu Beli Produk Mahal Cuba Cara 'Kilat' Ni Merawatnya - Abang Terlajak Laris


Kulit Sensitif? Tak Perlu Beli Produk Mahal Cuba Cara 'Kilat' Ni Merawatnya


Kulit sensitif sering dipengaruhi oleh faktor genetik. Lapisan kulit yang paling sensitif terhadap perubahan persekitaran, rawatan kulit, dan produk kosmetik adalah lapisan pelindung kulit paling luar. 

Jadi abang nak kongsikan kepada anda bagaimana anda boleh merawatnya tanpa menggunakan bahan organik tanpa mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli produk mahal. 

1. Minyak Kelapa


Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Minyak kelapa sangat sesuai untuk kulit sensitif. Sifatnya yang mampu meresap ke dalam kulit dapat melembapkan dan menyihatkan kulit anda.

Gunakan setiap hari terutama pada malam hari agar kulit anda tampak segar dan sihat.

2. Vitamin C
Jenis vitamin ini memang terbukti serba guna dan kaya dengan antioksidan. Vitamin C mampu menyembuhkan penipisan kulit yang disebabkan oleh penggunaan krim steroid.

Anda dapat membeli tablet vitamin C sebagai makanan tambahan harian.

Namun ia juga boleh didapati dari buah-buahan seperti oren, epal, lemon dan lain-lain.

3. Madu
Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Madu mempunyai sifat penyembuhan, antiseptik dan anti-inflamasi. Sapukan madu di wajah dengan lembut. Anda juga boleh menambahkan air mawar pada madu.

Campuran tersebut dapat digunakan sebagai krim dan masker untuk memelihara dan melembapkan kulit anda. Ramuan ini juga akan melindungi kulit anda akibat kerosakan daripada sinar matahari.

4. Timun
Selain dapat memperbaiki kulit sensitif yang bermasalah, timun juga dapat digunakan untuk menghilangkan pigmentasi dan pembengkakan pada mata.

Sifat utama buah ini mampu melembapkan, melembutkan dan menghidratkan kulit sensitif. Anda juga dapat mencampurkannya dengan madu, lalu oles pada kulit.

5. Mangga
Campurlah mangga parut dengan air mawar, madu dan minyak kelapa untuk membuat masker. Selepas itu, oles campuran tersebut pada wajah anda dan biarkan selama 20 minit.

No comments

Powered by Blogger.