Lingkaran Gelap Bawah Mata? Cuba Amalkan 8 Petua Semula Jadi - Abang Terlajak Laris


Lingkaran Gelap Bawah Mata? Cuba Amalkan 8 Petua Semula Jadi


Abang rasa ramai yang mempunyai masalah ni kan? Tidak dinafikan, ramai yang menganggap lingkaran bawah mata adalah berpunca oleh waktu tidur yang tidak mencukupi. Walhal, itu bukanlah sebab yang munasabah untuk permasalahan ini. Terdapat banyak faktor mengapa lingkaran gelap ini berlaku. Banyak petua semula jadi yang boleh merawat serta menghapus lingkaran gelap bawah mata.

1. Vitamin E Topikal
Merujuk kepada satu kajian, penggunaan krim yang kaya dengan kandungan Vitamin E boleh mengurangkan keterampilan lingkaran gelap bawah mata.

2. Pudina
Menempel campuran atau pes daun pudina yang telha hancur pada bahagian bawah mata dikatakan amat berkesan untuk mengurangkan warna gelap berkenaan.

3. Vitamin A, C, E dan K Topikal
Krim yang mengandungi Vitamin A, C, E dan K secara efektifnya bisa membaiki lingkaran bawah mata apabila di sapu 2 kali sehari. Labu juga boleh digunakan sebagai masker bawah mata kerana mengandungi Vitamin A, C dan K.

4. Ubi Kentang
Untuk menggurangkan lingkaran bawah mata serta bengkak, anda boleh manfaatkan hirisan ubi kentang atau sapu jus ubi kentang pada kawasan kulit yang terlibat.

5. Uncang Teh
Uncang teh yang telah disejukkan boleh membantu mengurangkan lingkaran gelap serta-merta. Selepas merendam uncang teh dalam beberapa ketika, simpan ia di dalam peti sejuk sebentar. Selepas sejuk, letak ia pada permukaan bawah mata selama 15 – 20 minit.

6. Tidur Yang Cukup
Kekurangan tidur bukanlah penyumbang utama masalah lingkaran gelap ini, tetapi, ia akan mengeruhkan masalah tersebut. Jika anda mendapat tidur yang kurang, kulit anda akan hilang keanjalan serta kelembapan.

7. Dehidrasi
Kekurangan air dalam badan akan menyerlahkan lagi penampilan lingkaran gelap berkenaan. Apabila badan anda mengalami dehidrasi, anda akan hilang kelembapan kulit, sekaligus memberi kesan buruk terhadap kawasan sensitif bawah mata.

8. Kurangkan Pengambilan Garam Berlebihan 
Garam dan elektrolit diperlukan untuk badan berfungsi. Tetapi, jika diet pemakanan anda merangkumi pengambilan garam yang berlebihan, ia akan mendorong aktiviti pengumpulan air dalam badan yang tidak normal di antara tisu dan rongga badan. Oleh itu, gantilah dengan pengambilan/penggunaan garam laut mahupun garam Himalaya jika perlu.

Sumber: wanista

No comments

Powered by Blogger.