Lupa Letak Atau Barang Hilang? Cuba 3 Tips Ini - Abang Terlajak Laris


Lupa Letak Atau Barang Hilang? Cuba 3 Tips Ini


Lupa barang letak dimana? Atau mencari barang yang hilang? Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:

Petua 1:
Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2:
Baca: 
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3: 
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. 


Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Sumber: www.mynudara.com

Kismis Pintar Ibnu Sina merupakan kombinasi kismis pilihan terbaik berkualiti tinggi. Menguatkan daya ingatan,mengubati penyakit lupa, mencerdaskan otak, menghilangkan gemuruh, membersihkan hati dan memudahkan hafalan.


Harga: RM12.00
Order online, Hubungi: 019-205 5680

No comments

Powered by Blogger.