Muka Berpanau? Cuba 5 Petua Ini Untuk Hilangkan - Abang Terlajak Laris


Muka Berpanau? Cuba 5 Petua Ini Untuk Hilangkan


Sangatlah hodoh rupa kulit anda jika dijangkiti panau. Ia akan kelihatan berbelang-belang atau bulat-bulat berwarna keputihan. Biasanya kulit yang berpanau terdapat di bahagian muka, dada, leher, belakang badan dan kadang-kadang di bahagian tepi-tepi dagu kan.

Jika anda inginkan hilangkan panau, cubalah petua ini. 

daun ketapang cina

1. Ambil setengah gengam daun ketapang cina, dua inci lengkuas dan 4 ulas bawang putih. Tumbuk kesemua bahan-bahan itu sehingga lumat. Kemudian, sapu dan gosokkan ke bahagian kulit yang berpanau itu. Insya-Allah kulit anda akan kembali normal. Amalkan selalu.

2. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

3. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

4. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu hilang.

5. Tumbuk lengkuas dan celupkan dalam minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu hilang. Lihatlah hasilnya dalam beberapa hari.

Shampoo Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng disukai oleh kanak kanak. Ia lembut dan dirumus khas untuk kulit kepala bayi sehinggalah golongan dewasa.


Harga: RM 25.00
Order Online, Hubungi: Hisham (012-663 0604)

No comments

Powered by Blogger.