Nak Anak Bijak, Jagalah 5 Perkara Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Anak Bijak, Jagalah 5 Perkara Ini


Dalam sibuk mencari rezeki, tanggungjawab kepada anak tidak seharusnya dilepaskan kepada pembantu rumah dan guru di sekolah.

Sewajarnya ibubapa harus bijak menguruskan masa mereka supaya anak anak tidak rasa tersisih dan lebih mesra dengan orang lain.

Tahap perkembangan dari segi pendidikan juga perlu diutamakan tetapi jangan terlalu memaksa anak sehingga si comel tak merasa dunia seronok mereka. 

Ibu ayah mungkin boleh amalkan beberapa tip ini untuk anak-anak.

1. Luang masa
Cuba luangkan sedikit masa melayan percakapan anak-anak ketika mereka masih kecil. Walaupun bahasanya kurang difahami tetapi yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti hargai.

2. Jangan suka-suka marah
Elakkan dari marah anak-anak apabila mereka lakukan kesilapan. Cara paling baik adalah dengan memberi penerangan dan kesan di sebalik kesalahan mereka itu.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
3. Peluklah anak setiap hari
Banyakkan memeluk anak-anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa pelukan mampu mengeratkan hubungan sekali gus mewujudkan perasaan saling percaya antara satu sama lain.

4. Hargai barang kesukaan anak
Jangan buang mainan atau apa sahaja barang kesayangan anak-anak anda sekalipun ia telah rosak. Jika anda mampu hormati hak mereka maka mereka juga mampu lakukan perkara yang sama terhadap anda.

5. Doa ibu sangat berkat!
Sentiasa berdoa untuk kecemerlangan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan butir bicara percakapan anda kerana ini juga boleh dikategorikan sebagai doa yang mustajab. 

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.