Nak Badan Sihat & Kulit Bersih? Cuba Amalkan Susu Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Badan Sihat & Kulit Bersih? Cuba Amalkan Susu Ni


Senang je nak buat susu badam ni. 2 bahan sahaja. Bagus untuk bonda yang nak sihat & cantik. Badam ni banyak khasiatnya. Susu badam tak sebabkan sakit perut & tahan lebih lama disimpan. Selamat mencuba. 

Bahan bahannya:

Badam mentah 
Air kosong

Cara membuatnya:

1. Caranya ambil cawan, isikan 1 / 4 atau suku cawan tersebut dengan badam yang telah dicuci. Dan masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan. Biarkan semalaman. Memang kena rendam dalam air ya. Keesokan paginya, saiz badam akan berubah sedikit. Nampak lebih gemuk sebab dah menyerap air. 

2. Masuk dalam blender, tambah secubit garam & esen vanila. Kisar bersama air dalam cawan tadi.


3. Serat badam tu kita boleh tapis kalau mahu. Tak nak tapis pun tak apa. Bagus untuk dimakan. 

Hampas badam tu boleh buat skrub muka tau. Nak bagi kulit bersih. Hampas tu boleh buat biskut, kek, lempeng penkek. 



Nak sedap boleh tambah buah buahan. Kurma & kismis pun boleh. Rasanya lemak lemak. Nak manis boleh tambah madu juga. Ikut kegemaran masing masing. 

Nak bagi tahan simpan dalam peti ais. Tahan 3 hari. Susu badam bagus untuk kesihatan. Cubalah amalkan, cuma badam ni mahal. Cuba beli kat kedai jual barang buat kek.

Selamat mencuba. Bolehlah minum awal pagi semasa sarapan, sambil sambil makan sarapan.

10 Khasiat Badam

1) Mencegah penyakit dan serangan jantung
Badam memiliki asid lemak mono tak tepu yang sama manfaat lemak dari minyak zaitun. Memiliki kebaikan antioksidan berasaskan tumbuhan yang terdapat dalam kulit badam + vitamin E untuk meningkatkan kesihatan dan lelindungi bahaya pada arteri dan mengurangkan keradangan. Baik untuk mereka yang menghadapi kolestrol yang tinggi + diabetes + strok.

2) Mengekalkan kesihatan kulit yang cantik
Kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang dapat mengurangkan tanda2 penuaan dan menyuburkan kulit. Mampu melawan kanser kulit dan kerosakan kulit dari pencemaran cahaya UV yang rendah. Mampu mengekalkan kulit terhidrat dan mampu menyembuhkan luka

3) Mengawal tahap gula dalam darah dan mencegah Diabetes
Kaya dengan MUFA - membantu melambatkan kadar glukosa iaitu gula ke dalam aliran darah dan mampu mengurangkan risiko diabetes + keradangan dan berat badan yang tidak sihat.

4) Baik untuk kesihatan Otak
IbuI2 di India sangat menggalakkan dan mengamalkan pemakanan Badam pada anak2 mereka terutama yang masih belajar. badam megandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnitine yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Orang dewasa yang semakin meningkat sangat baik mengambil badam untuk mengurangkan risiko keradangan yang boleh menyebabkan gangguan otak termasuk demensia dan penyakit Alzheimer

5) Meningkatkan penyerapan Nutrien
Tubuh badan kita memerlukan jumlah lemak yang cukup dalam diet FAT SOLUBLE iaitu vitamin A dan D. Badam mengalkalikan saluran penghadaman + mengurangkan pembetukan asid dan mengimbangkan pH badan. pH yang sihat adalah penting untuk pencernaan + imuniti dan pencegahan penyakit.

6) Membantu mengurangkan berat badan dan mencegah makan berlebihan
Lemak sihat dan bantuan serat dalam penurunan berat badan membantu perut berasa kenyang dari mengambil makanan berlebihan dan snek yang tidak sihat. Mengamalkan makan badam mampu mengekalkan berat badan yang sihat dan kadar obesiti yang lebih rendah dari mereka yang mengelak makan badam.

7)  Meningkatkan kesihatan penghadaman
Badam dan kulit badam mengandungi komponen probiotik yang membantu penghadaman + detoksifikasi + pertumbuhan bakteria yang sihat dalam usus dari mencegah kekurangan nutrien. Memberi peningkatan usus bertambah baik dan menggalakkan pelbagai manfaat kesihatan dari prebiotik + prekursor untuk probiotik

8) Membantu melawan Kanser dan Radang
Badam sumber yang sangat baik mengandungi tokoferol gamma - sejenis vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan yang kuat melawan kerosakan radikal bebas dan tekanan oxidantive yang mampu menyebabkan Kanser

9) Membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang
Sumber kebaikan mineral termasuk magnesium dan fosforus. Merupakan nutrien penting membina dan mengekalkan tulang dan gigi kuat. Mencegah kerosakan gigi + melawan kaviti + mengurangkan risiko keretakan tulang dan melawan osteoporosis

Sumber: Mazni Azmi

No comments

Powered by Blogger.