Nak Beli Rumah Baru? Ni 5 Tips Sangat Anda Perlu Tahu Supaya Tak Menyesal! - Abang Terlajak Laris


Nak Beli Rumah Baru? Ni 5 Tips Sangat Anda Perlu Tahu Supaya Tak Menyesal!


Setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga pastinya menginginkan rumah sendiri untuk didiami. Tidak kiralah samada menyewa atau beli 5 faktor ini patut anda pertimbangkan supaya tak menyesal nanti. 

1 - Bajet. 
Prioriti utama dalam mencari kediaman baru untuk anda dan pasangan adalah bajet. Sewa atau beli, pastikan harga sewa/bayaran ansuran bulanan rumah berada dalam lingkungan yang anda berdua mampu secara bulanan. Tentu anda tidak mahu terpaksa terkemut-kemut dalam berbelanja hanya sebab harga bayaran rumah bulanan terlampau mahal. Penat-penat bekerja, tak merasa pun duit gaji anda sangat.

Deposit rumah juga penting. Sebelum berhajat untuk berpindah, mula kumpul wang sedikit-sedikit untuk bayaran deposit. Deposit rumah sewa juga agak mahal. Apatah lagi jika anda berniat untuk membeli rumah. Jika anda memang sudah berhasrat untuk membeli rumah, google juga bayaran lain yang anda perlu tanggung selain daripada bayaran muka. Blog ejen hartanah atau pembeli yang pernah melalui proses pembelian rumah sebelum ini adalah rujukan terbaik.

2 - Jenis rumah. 
Jika anda dan pasangan masih baru mula stabil daripada sudut kewangan, tidak mengapa jika anda dapatkan saja rumah yang kecil dahulu. Fikir positif, lebih mudah untuk dikemas.

3 - Lokasi. 
Survey kawasan rumah anda betul-betul. Tengok orang macam mana yang mungkin menjadi jiran anda dan sebagainya. Lihat juga bagaimana keadaan persekitaran kejiranan anda. Sama ada anda dan pasangan rasa selamat dan selesa atau tidak. Ambil masa sedikit untuk berbual dengan penduduk setempat. Dapatkan maklumat tentang kes-kes jenayah/denggi yang mungkin pernah berlaku sebelum ini sambil bersembang itu. Dengar saja apa yang mereka ceritakan.

4 - Periksa rumah. 
Dulu masa masuk bilik dekat universiti ada checklist semua kan? Buat benda yang lebih kurang sama. Cuba pasang semua lampu dan kipas. Pendingin hawa juga jika ada. Lihat sama ada sejuk atau tidak. Check semua suis juga. Jika anda ada charger yang ada 'charging indicator' (yang LEDnya menyala apabila arus melaluinya), bawalah.

Boleh periksa jika suis-suis itu berfungsi atau tidak. Paling bagus jika anda tengok rumah selepas hujan. Boleh lihat jika ada kebocoran atau tidak. Periksa juga jika ada penambahbaikkan yang perlu dilakukan. 

5 - Trafik. 
Beri perhatian kepada trafik daripada rumah potensi anda sehingga ke pejabat. Jika selalu ada kesesakkan lalu lintas, cuba cari jalan alternatif yang lain. 

Sumber: ikahwin.my

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.