Nak RumahTangga Bahagia, Amalkan Doakan Ini - Abang Terlajak Laris


Nak RumahTangga Bahagia, Amalkan Doakan Ini


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya”. (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi)

Huraian Hadith:

Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.


Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.