Nasi Bau Hangit? 9 Petua Ini Boleh Wangikan Balik Nasi Anda! - Abang Terlajak Laris


Nasi Bau Hangit? 9 Petua Ini Boleh Wangikan Balik Nasi Anda!



Biasa la kan kalau dah selalu masak nasi pakai manual punya tanpa periuk nasi ni kadang terhangit. Jangan risau abang ada cara bagaimana nak hilangkan bau hangit nasi tu dan bagi wangi juga. Cuba 9 petua ini. Pilih mana yang sesuai ya.

Petua 1:
Ambil sedikit kelapa parut, ikat dalam kain putih yang bersih.Timbuskan dalam nasi. Perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.

Petua 2:
Ambil dan basuh cili kering dalam dua tiga tangkai dan jangan dipotong. Masukkan ke dalam nasi tersebut dan biarkan seketika.

Petua 3:
Kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, tiada lagi bau hangit tu.

Petua 4:
Ambil daun pisang dan letakkannya menutupi permukaan atas nasi. Biarkan sejenak.. InsyaAllah, tiada lagi bau hangit.

Petua 5:
Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang.

Petua 6:
Ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit.Tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Petua 7:
Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

Petua 8:
Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan tutupkan periuk.

Petua 9:
Taburkan cengkih sebanyak 5 tangkai dalam nasi yang hangit dan biarkan beberapa ketika.

Sumber: petuaibu


No comments

Powered by Blogger.