Parut Banyak Dibadan? Cuba Hilangkan Guna 8 Petua Ni - Abang Terlajak Laris


Parut Banyak Dibadan? Cuba Hilangkan Guna 8 Petua Ni


Mempunyai parut jerawat, parut akibat pembedahan, parut luka kemalangan dan parut di badan atau parut di wajah akan menyebabkan kurangnya keyakinan dan penampilan diri. Di dalam akhbar utusan pernah memberitahu bahawa teknologi terkini, kesan parut jerawat dapat dirawat iaitu menggunakan teknologi laser “fractional CO2”. Macam bahaya kan? 

Anda juga boleh amalkan petua petua ini untuk menghilangkan parut. Kena try n error juga la dan tentulah kena juga rajin. 

1. Pisang 
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

2. Ubat Gigi
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

3. Beras
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

4. Lidah Buaya
Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

5. Bedak Sejuk 
Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

6. Timun 
Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.

7. Asam Jawa
Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Gel Aloe Gamat membantu memudarkan kesan parut akibat kecederaan, kulit kering dan juga sesuai untuk ibu bersalin.



Harga: RM 29.90


Order online, Hubungi: Pn. Aida 019-205 5680

No comments

Powered by Blogger.