Pernah Tak Anda Minum Air Nabeez? Banyak Khasiatnya.. - Abang Terlajak Laris


Pernah Tak Anda Minum Air Nabeez? Banyak Khasiatnya..


Anda tahu tak apa itu air nabeez? Hari ni abang nak berkongsikan dengan anda mengenai air nabeez atau air rendaman kurma.

Untuk pengetahuan anda, air ni kegemaran Rasulullah. Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satunya) di dalam air matang dalam wadah bertutup selama 12 jam. Airnya diminum & buah kurma yang sudah lembut ditelan sekali telan.

Ada beberapa riwayat hadis yang menyebutkan tentang bagaimana membuat infused water dengan kurma (air nabeez), salah satunya riwayat dari Imam Muslim sebagai berikut :

Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasululloh di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari lalu meminumnya di pagi hari.” (H.R. Muslim)

Jadi anda semua boleh lah mencubanya di rumah ya.

Takpe abang ajarkan cara caranya.

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tetapi jangan campur, ya. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

Banyak sangat khasiat daripada air nabeez ni antaranya ialah:-

1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunnahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

2. Tinggi kandungan fibernya serta menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus untuk menghilangkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit).

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya akan pottassium serta penting untuk menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

5. Ianya juga beralkali yang mampu membantu membuang kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. 

6. Membantu badan untuk menyingkirkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh. Dengan kata lain, air nabeez berguna sebagai detox.

7. Kerana memiliki kadar serat yang tinggi, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik serta meningkatkan dan menajamkan fikiran agar kita tidak mudah lupa.



No comments

Powered by Blogger.