Petua Masak Spaggeti Bagi Kental Tak Lembik! - Abang Terlajak Laris


Petua Masak Spaggeti Bagi Kental Tak Lembik!

Hari ni abang nak kongsikan kepada anda petua masak spagetti supaya kental dan tak lembik. Sapagetti bila terlalu masak tak sedap makan. 

Cara caranya ialah:-

1. Jangan masukkan spaggeti sebelum air mendidih. Bila spagetti dimasak mulai airnya tidak mendidih prosesnya akan lebih lama dan hasilnya cenderung lembut / lembik. 

2. Masukkan spaggeti secara merebak (jangan sampai mengumpul), bila dimasukkan mengumpul akan menyebabkan spaggeti melekat satu dengan yang lain. 


3. Tambah beberapa sudu makan minyak masak dan garam dalam air rebusan saat mendidih, dengan demikian spaghetti tidak melekat satu dengan yang lain dan cepat masak.

4. Sebaiknya kacau selepas 1 minit spaggeti dimasukkan dalam air mendidih. Dilakukan agar spaghetti tidak melekat. 

5. Lama proses merebus spaggeti adalah 8-10 minit. 

6. Spaggeti yang cukup masak, caranya ambil satu spaggeti rebus, patahkan dan lihat bahagian tengahnya, bila masih kelihatan warna sedikit keputihan di tengahnya tandanya spaggeti boleh diangkat.

7. Toskan dibawah air sejuk yang mengalir sejurus diangkat. InshaAllah spagetti anda tak lembik..malah lebih kental dan berkilat.

8. Spageti boleh juga disimpan. Caranya, Masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.