Suami...Sayangilah Isteri Kita Dengan Sebaiknya - Abang Terlajak Laris


Suami...Sayangilah Isteri Kita Dengan Sebaiknya


Antara salah satu kebahagiaan rumahtangga ialah saling memahami antara satu sama lain. Tidak terlalu ego dengan pasangan dan ada kalanya salah seorang kena mengalah.  Sebagai ketua keluarga tidak semua keputusan dan tindakan kita adalah betul, dengar nasihat dan pendapat daripada isteri juga. Hargai mereka dengan melakukan 4 perkara dibawah ini. 

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Perlu sering bertukar-­tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu­isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice­breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan­rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-­lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan.

Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

Suami...Sayangilah isteri kita dengan sebaiknya.

Sumber: DUKE

No comments

Powered by Blogger.