Suka Simpan Dompet Di Poket Belakang Seluar? Ni Sebab Anda Kena Elakkan - Abang Terlajak Laris


Suka Simpan Dompet Di Poket Belakang Seluar? Ni Sebab Anda Kena Elakkan


Biasa kan kita lelaki letak dompet dalam poket belakang seluar? Abang pun baru tahu ni rupanya ia boleh menyebabkan banyak penyakit akan datang.

Kesannya bukan sekarang tapi nanti. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan pada saraf-saraf utama  bahagian belakang pinggul apabila mereka duduk bersama dompet tersebut.

Memetik laporan BBC News, keadaan ini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hingga diberi gelaran dengan nama hip-pocket syndrome atau wallet-neuropathy.

Dan mereka yang selalu berhadapan dengan risiko ini adalah kaum lelaki yang sudah terbiasa  meletakkan dompet di saku belakang seluar mereka.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Malah seorang ahli fisioterapi mengatakan terdapat peningkatan jumlah kaum lelaki yang menderita atau mengeluh sakit punggung, dan ternyata penyebab utama keadaan ini adalah masalah posisi dompet diletakkan.

“Ketika ini semakin ramai pesakit saya yang datang ke klinik mengeluh kerana berhadapan dengn penyakit ini. Keadaan ini disebabkan oleh posisi dompet yang menekan saraf di bahagian belakang tubuh hingga boleh mendatangkan rasa sakit,” ujar Julian Forth, ahli fisioterapi di Buckhurst Hill, Essex.

Dompet akan menekan saraf-saraf  tubuh ketika seseorang itu sedang duduk di tempat kerja mahupun sedang memandu.

Keadaan ini dapat mengakibatkan rasa sakit  pada pergelangan kaki, tumit dan menimbulkan rasa sakit ketika berjalan, duduk atau baring.



Keadaan ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan pada otot, tulang dan yang paling penting adalah sistem saraf.

Mesti ada yang tertanya-tanya tak rasa apa-apa kesan pun?

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian.

Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.

Sumber: sajakongsi

No comments

Powered by Blogger.