Sup Ajaib Ni Mampu Buat Anda Hilang 4KG Dalam Masa seminggu! - Abang Terlajak Laris


Sup Ajaib Ni Mampu Buat Anda Hilang 4KG Dalam Masa seminggu!


Ya, ini bukan tipu. Sup Ajaib mampu buat anda hilang 4KG dalam masa seminggu. Resepi ini sangat popular di barat dan ramai yang mengatakan keberkesanannya. Kebanyakkan mereka membuat sup ini apabila masuk musim panas bagi persediaan untuk memakai bikini/baju mandi. Tidak semua orang rajin dan ada banyak masa untuk bersenam. Secara asasnya sup ini adalah sup sayur dan menurut program Weight Watcher, sup ini terletak pada poin '0' yang bermakna sup ini memiliki kalori yang sangat rendah. 

Caranya ialah: 
Gantikan makanan tengah hari dan makan malam anda dengan sup ini selama seminggu dan perhatikan tubuh anda hilang hampir 4kg.

Bahan-bahan:
3 cawan stok daging ATAU stok sayur ATAU stok ayam (pilihan terbaik adalah stok daging)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar pes tomato
2 cawan sayur kobis (dipotong kecil)
1/2 biji bawang kuning
1/2 cawan lobak merah (dicincang)
1/2 cawan kacang panjang
1/2 cawan zucchini kuning atau hijau (dicincang)
1/2 sudu kecil basil
1/2 sudu kecil oregano
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuat:
1. Letakkan sedikit minyak zaitun atau canola untuk saute bawang, lobak merah dan bawang putih selama 5 minit.

2. Tambah stok, pes tomato, sayur kobis, kacang panjang, basil, dan oregano. Kemudian letakkan garam dan lada hitam secukup rasa.

3. Biarkan sup mendidih selama 5 - 10 minit sehingga semua sayur lembut, kemudian tambahkan zucchini dan biarkan selama 5 - 10 minit lagi.

4. Siap!

Anda boleh tukar sayur-sayuran anda kepada yang lain dengan mengekalkan sayur kobis sebagai komponen utama. Tetapi jangan masukkan kentang pula! Karbohidrat tidak membantu menurunkan berat anda.

Sumber: pesonapengantin

No comments

Powered by Blogger.