'Tombong' Paling Ditakuti Wanita, Kenali Punca, Tanda Dan Rawatannya.. - Abang Terlajak Laris


'Tombong' Paling Ditakuti Wanita, Kenali Punca, Tanda Dan Rawatannya..


Yang ni abang nak serius dengan anda terutamanya kaum hawa. Info ini sangat berguna kepada anda. 

Ianya satu hal yang sensitif kerana pernah ada kes yang seorang isteri terpaksa hidup bermadu kerana suami cari lain disebabkan rahim jatuh (tombong) yang tahap teruk. 

Mungkin pada setengah orang benda ni tak berapa penting sebab ala takkan la suami nak tinggalkan semata sebab tu. 

Tapi kalau dah namanya dugaan, siapa kita nak sangkal lagi. Adakah kita nak biar sahaja atau cuba cari jalan untuk betulkan keadaan?

Jadi abang kongsikan punca, tanda tanda dan cara rawatan jatuh rahim (tombong) ni.


Peranakan atau Rahim boleh jatuh :
1. Sebab kemalangan yang kuat.
2. Seks yang keterlaluan.Yang ni buat aksi aksi melampau sangat memang boleh bagi kesan pada rahim.
3. Mengangkat benda benda berat.
4. Jalan terlalu lasak.
5. Tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.
6. Tidak menjaga pemakanan.
7. Berdiri terlalu lama.
8. Terjatuh dan terhempap punggung.
9. Sembelit ketika dalam pantang (meneran terlalu kuat).
10. Baka (mungkin ada keturunan yng pernah mengalaminya).
11. Kekurangan hormon akibat menopous.
12. Fibroid (tumbuhan yang menolak rahim ke bawah).
13. Kelahiran yang bermasalah seperti terpaksa menggunakan forcep atau vacum.



Tanda-tanda Peranakan Jatuh:
1. Sakit perut yang luar biasa.
2. Keluar cecair dari rahim.
3. Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
4. Sakit pada ari-ari.
5. Sakit pada dinding faraj.
6. Sakit ketika 'bersama' suami.
7. Kejang pada bahagian bawah perut.
8. Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak kuar dari faraj. Ini peringkat yang teruk:-


Rawatan dan Pencegahan
1. Melalui urutan sengkak. Selalunya mak bidan yang akan buat urutan sengkak ni. Seminggu 3 kali selama sebulan.
2. Penggunaan krim estrogen yang akan dimasukkan ke dalam vagina. Biasanya untuk merawat mereka yang alami masalah menapous. Ia digunakan untuk menguatkan otot tisu dalam vagina.
3. Melalui pembedahan untuk membetulkan semula uterus atau lebih sedih kalau uterus terpaksa dibuang.

Sumber: vita-for-health

No comments

Powered by Blogger.