Wahai Isteri, Nasihatilah Suami untuk Solat Berjemaah - Abang Terlajak Laris


Wahai Isteri, Nasihatilah Suami untuk Solat Berjemaah


Sebagai seorang isteri, kita harus mematuhi apa-apa yang diperintahkan oleh suami selagi apa yang diperintah itu sesuai dengan syariat Islam.

Namun kadangkala, di saat kita mengerti ketentuan yang ada dalam Islam, malah suami yang belum mengerti akan hal itu. Misalnya mengenai anjuran seorang laki-laki yang seharusnya mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Jika hal itu terjadi pada suami anda, tentunya anda tidak boleh tinggal diam. Sebagai isteri, anda memiliki kewajipan untuk mengingatkan atau menasihati suami anda. Selagi apa yang dinasihatkannya itu bukanlah perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT.

Suami yang tidak suka solat berjemaah di masjid, sama hal nya dengan meremehkan solat berjemaah, yang pada dasarnya merupakan perintah dari Allah SWT.

Dan apa yang diperintahkan oleh Allah itu merupakan sesuatu yang mengandung nilai manfaat untuk orang yang melakukannya.

Maka, ketika suami enggan solat berjemaah, ia telah kehilangan kesempatan emas untuk memperoleh ganjaran dari Allah SWT.

Untuk itu, sebagai isteri nasihatilah suami anda, tentunya dengan langkah-langkah yang sesuai dengan syariat. Yakni, hendaknya nasihat disampaikan dengan penuh kelembutan dan cara-cara yang baik. Kerana, hal itu lebih dapat diterima dan lebih dapat bermanfaat.

Dan bagi anda yang menasihati suaminya, insya Allah, Allah akan memberikan ganjaran berupa pahala kepada anda. 

Wallahu ‘alam.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.