3 Langkah Bersihkan Ulat 'Bersembunyi' Di Sebalik Sayur - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

3 Langkah Bersihkan Ulat 'Bersembunyi' Di Sebalik Sayur


Pernahkah anda masak sayur dan tiba-tiba sewaktu mahu dimakan, anda terjumpa ulat di dalamnya? Padahal dah puas anda mencucinya dan sudah diyakini bersih. Antara sayuran yang sukar dibersihkan adalah seperti kobis, sawi, kangkung dan ulam-ulaman.

Senang je hanya ikut tiga langkah ini..

1. Bilas sayur seperti biasa. Kemudian rendamkan di dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan cuka.

2. Biarkan seketika. Pastikan sayur anda terendam sepenuhnya di dalam air.

3. Selepas beberapa minit, anda akan dapati ulat-ulat yang 'bersembunyi' di sebalik daun sayur akan keluar sendiri. Jangan lupa untuk membilas sayur anda sekali lagi.

Ketika memasak sayuran hijau seperti bayam dan sawi, masukkan sedikit gula ke dalam masakan untuk mengekalkan warna hijau sayur itu.

Sumber: RASA

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.