3 Perkara Ini Selalu Diabaikan Di Dalam Perhubungan - Abang Terlajak Laris


3 Perkara Ini Selalu Diabaikan Di Dalam Perhubungan


Abang percaya kita takkan pernah menjadi sempurna kan? Apa yang diharapkan oleh setiap pasangan yang berumahtangga adakala tak menjadi kenyataan.

At least kita berusaha kearah itu. Rendahkan ego, amalkan sikap menerima pandangan masing masing salah satu untuk mengekalkan hubungan.

Tapi tiga perkara ini selalu kita alpa dan abaikan.

1. Banyak Memaafkan
Manusia fitrahnya buat kesilapan kan? Itu normal. Cuma selagi kita tidak banyak memaafkan, hubungan akan tersekat dan terhenti di situ. Memaafkan bukan bermaksud kita kalah. Memaafkan tanda kita benar-benar sayangkan hubungan itu.


Order online, Hubungi/whatsapp: 0132334133

2. Cari Masa Untuk Berhubung
Ya. Memang betul doa cara terpantas untuk rapatkan ikatan dalam hubungan. Tetapi perlu juga dari aspek psikologi. Carilah masa, walaupun sekadar telefon sekejap waktu makan tengahari. Hantar whatsapp motivasi khusus buat dia. Beri kejutan hadiah walaupun bukan hari jadinya.

3. Jangan jadi Mr./Mrs. Perfect 10
Ramai orang sangka, jadi sempurna depan pasangan akan buat hubungan lebih erat dan bahagia. Itu salah! Semakin kita cuba menjadi sempurna, kita sebenarnya semakin merosakkan hubungan. Sebab semakin lama, masing-masing akan semakin “penat” jadi “pelakon drama bersiri”.

Ikhlas dan jadi diri sendiri dalam hubungan. Berikan peluang untuk masing-masing terima kelebihan dan kekurangan. Sebab kita bukan malaikat. Kan?

Sumber: Izzhar Nazri

No comments

Powered by Blogger.