3 Petua Untuk Berkesan Badan Letih & Lesu - Abang Terlajak Laris


3 Petua Untuk Berkesan Badan Letih & Lesu


Badan letih lesu dan tak bermaya dek kerana kerja yang berat dan banyak? Anda lelaki mungkin boleh cuba 3 petua ini yang bahan asasnya menggunakan bawang putih. Ada tiga cara tu, anda pilih lah mana yang tekak boleh telan..sebab ada sesetengah orang tak boleh makan macam tu je bawang putih ni..

Bahan-bahannya:

1 butir telur ayam kampung
1 sudu makan madu
2 siung bawang putih
Madu

Setelah semua bahan diatas tersedia bolehlah lakukan langkah-langkah dibawah ini:

Petua 1
1. Cuci sampai bersih bawang putih
2. Kupas serta haluskan biar lembut atau tumbuk biar hancur dengan lesung
3. Ambil kuning telur ayam kampung
4. Tambahkan madu dan bawang putih yang sudah dihaluskan
5. Aduk semua bahan hingga bercampur rata.
6. Mulakan dengan Bismillah dan minum.

Petua 2
1. Ambil tiga siung bawang putih
2. Kupas dan bersihkan
3. Racik bawang putih halus halus supaya senang ditelan
4. Biarkan beberapa minit
5. Kemudian campur sesudu madu dan minum.

Petua 3
1. Ambil selabu bawang putih
2. Leraikan
3. Goreng tanpa minyak beberapa ketika 
4. Angkat dan buang kulit
4. Boleh lah dimakan begitu saja atau sebagai ulaman bersama nasi

Petua oleh: Wak Chai

No comments

Powered by Blogger.