3 Petua Untuk Melembutkan Daging, Cubalah Menjadi! - Abang Terlajak Laris


3 Petua Untuk Melembutkan Daging, Cubalah Menjadi!


Bila nak masak daging ni, risau kalau daging yang dimasak tu tak empuk ataupun keras. Susah pulak nak makannya terutama orang tua yang pakai gigi palsu tu. Hehe.

Cuba 3 tiga petua ini. InshaAllah daging jadi lembut.

Cara Pertama:
1. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.
2. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

Cara Kedua:
1. Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.
2. Carik-carikkan daun pisang abu.
3. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

Cara Ketiga:
1. Ambil 1/2 atau 1 biji pinang tua.
2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua.
3. Masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.