4 Cara Elak Epal Lebam Lepas Dipotong - Abang Terlajak Laris


4 Cara Elak Epal Lebam Lepas Dipotong


Setiap kali epal dipotong, ia hanya boleh bertahan beberapa minit sebelum bertukar warna keperangan. Kalau nak dihidangkan untuk ‘open house’ atau jamuan, tak bolehlah dibiarkan terdedah lama-lama.

Buat 4 cara ini..

1. Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit macam tu. Kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak ajer la.

2. Campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.

3. Perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.

4. Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau tersebut dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.

Sumber: Siraplimau

No comments

Powered by Blogger.