4 Cara Isteri Romantik Sambut Suami Pulang Kerja - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

4 Cara Isteri Romantik Sambut Suami Pulang Kerja


Selain rumah bersih, penampilan si si isteri yang sedap mata memandang buat suami ingin balik awal daripada tempat kerja kan? Si isteri perlu tahu cara menyambut kepulangan suami dengan cara romantis, nak tahu bagaimana?

1. Senyuman manis

Senjata paling berkesan buat si isteri. Apabila anda menyambut suami dengan senyuman yang manis dan memikat, pasti hilang semua kepenatan suami seharian dipejabat.

2. Pamerkan simpati

Raikan suami dengan tunjuk rasa simpati kepadanya, 'Abang penat ya, sayang buatkan air ya'.. walaupun berbunyi seperti drama namun sebenarnya ia mudah memikat hati suami tambah sayang kepada anda.

3. Sediakan keperluannya

Jika kebiasaannya si suami balik dan mandi, sediakan lah pakaian selepas dia mandi ataupun tuala. Nak lagi romantik, ajaklah suami mandi sekali dan ambil masa belai suami ketika mandi.

4. Faham situasi

Jika anda nampak suami dalam keadaan yang tidak baik seperti (badmood atau sahaja ada perkara yang mengganggunya) berikan dia masa berehat dan tenangkan fikiran.Jangan melontarkan dengan pertanyaan yang boleh mengundang kepada pertengkaran. Peluk suami tanpa perlu kata apa-apa sebagai tanda rindu berjauhan.

Sebenarnya banyak lagi tips untuk menyambut suami namun ianya terpulang kepada usaha anda sebagai isteri untuk memenangi hati suami. Jadikan ia rutin agar ia bisa menjadi satu kebiasaan anda.

Sumber: siraplimau 

No comments

Powered by Blogger.