4 Langkah Mudah Menyimpan Sotong Agar Kekal Segar Sebelum Masak - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

4 Langkah Mudah Menyimpan Sotong Agar Kekal Segar Sebelum Masak


Bila nak masak makanan laut ni, semestinya kita mahu yang segar dan tidak berbau kan? Ya lah, bila seafood tu sendiri dah tak segar, lembik, juadah masakan pun rasa jadi lain. Abang nak kongsikan tips ini dengan anda semua. Selamat mencuba ya!

1. Mula-mula, cuci sotong dengan air sehingga bersih. Boleh juga dipotong siap-siap.

2. Kemudian, petuanya letak gula sedikit, dalam 1 sudu, bergantung kepada jumlah sotong. Fungsi gula ini pula untuk memastikan sotong kekal segar. Mudah-mudahan apabila nak dimasak nanti, isinya akan tetap lembut.

3. Gaulkan sebati dan bolehlah disimpan ke dalam petia ais bahagian ‘freezer’. 

4. Sebelum memasak, cucikan semula sotong. Ia tidak akan menjejaskan rasa masakan.

Sumber: Puan Maslina Misnan  

No comments

Powered by Blogger.