5 Hikmah Allah Datangkan Dugaan, Cubaan Dan Ujian - Abang Terlajak Laris


5 Hikmah Allah Datangkan Dugaan, Cubaan Dan Ujian


Setiap hamba Allah yang hidup di muka bumi pasti berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ujian yang diturunkan oleh Allah pasti berbeza, tetapi atas sebab yang sama.

Begitu juga dengan abang dalam dunia bisnes dilanda dengan pelbagai cubaan dan dugaan sebelum mengecapi kesenangan. Tidak semua orang disekeliling kita menyukai kita, kadang berpura pura baik depan kita tapi dibelakang mengata kita.  Ada dengki apabila melihat kita senang. Lumrah.

Tapi dugaan dan cabaran abang percaya ada hikmahnya..

1. Allah ingin menguji dan mengukur sejauh mana ketabahan manusia. Sama ada tergolong dalam golongan sabar atau hambanya yang sering berputus asa. 

2. Allah SWT ingin mengetahui gerangan hambanya yang masih teguh akidah dan imannya melalui ujian yang diberikan. Sesiapa yang tidak mempunyai keimanan kuat pasti tidak berkesabaran tinggi, lalu mencari jalan penyelesaian lain yang menyimpang daripada ajaran Allah SWT.

3. Dengan ujianlah Allah SWT akan melipatgandakan ganjaran pahala bagi orang yang sabar dan pasrah, selain diberikan martabat yang lebih tinggi. Contohnya, dihadiahkan dengan sedekah yang banyak dari seseorang selepas diberi ujian kemiskinan.

4. Membuang sikap ujub dan takabbur. Bila kita tidak diuji dengan berat dan sentiasa senang dalam kehidupan sebenarnya itu ada ujian. Tuhan mahu melihat sejauh mana kuatnya iman kita patuh kepadanya.

5. Ujian Allah juga diturunkan sebagai peringataan, antaranya untuk mengingatkan manusia bahawa ada kehidupan lain selepas kematian iaitu alam Akhirat yang menuntut semua amalan manusia semasa hidup.

Semoga kita terus berada dalam lindungannya dan sentiasa mendakati-NYA.. Amin.

No comments

Powered by Blogger.