5 Perkara Buat Isteri Anda Naik Angin! Elakkan Ya.. - Abang Terlajak Laris


5 Perkara Buat Isteri Anda Naik Angin! Elakkan Ya..


Bila dah berkahwin, kita seharusnya pandai menjaga hati pasangan masing masing. Apa yang pasangan tidak suka hendaklah dijauhkan dan dihindarkan.

Suami kena faham atau cuba faham apa yang isteri suka dan tak suka. Tapi 5 perkara rasanya semua isteri tak suka kalau kalau suami buat.

1. Jangan sesekali membandingkan isteri anda dengan orang lain bahkan dengan ibu anda sekali pun. Hargai isteri anda seadanya. Terima segala kebaikan dan keburukan bersama.

2. Tindakan anda yang tidak meletakan barang pada tempatnya akan membuatkan rumah kotor dan berselerak menyebabkan emosi isteri anda berubah dan membuatkan dia naik angin. 

3. Jangan lupa tarikh penting. Kesungguhan anda untuk peka akan tarikh-tarikh ini akan membuatkan isteri anda sungguh bahagia dan dihargai. Andai anda lupa, teka sendiri bagaimana perasaan mereka.

4. Jika anda melakukan kesilapan, akuinya dari terus berdebat panjang hingga tidak tidur sekatil.

5. Jangan terlalu mementingkan kerja hingga tidak masa untuk bersama keluarga. Luangkan sedikit masa bersama keluarga kerana merekalah segalanya.

Wahai suami, dah tahu kan? Jangan buat lagi ya.

No comments

Powered by Blogger.