5 Perkara Ini Perlu Anda Tahu Sebelum Bernikah - Abang Terlajak Laris


5 Perkara Ini Perlu Anda Tahu Sebelum Bernikah


Kita kini hidup dalam masyarakat yang kadang-kadang boleh buat kita tertanya-tanya tentang tujuan perkahwinan yang sebenarnya.

Kita nampak ramai pasangan yang memilih untuk tak berkahwin dan hidup dengan cara yang tersendiri.

Kita lupa apa tujuan sebenar perkahwinan dan kenapa ianya masih relevan pada hari ini.

1. Menyambung zuriat
Menyambung zuriat adalah salah satu fitrah dan tujuan penting untuk perkahwinan dalam Islam. Sabda Nabi Muhamad SAW; “Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab banyaknya kamu di hadapan para Nabi nanti pada hari Kiamat” (HR Ahmad)

2. Mengawal nafsu
Ini adalah cara yang halal dan digalakkan untuk mengawal nafsu.

Kalau keinginan fizikal ini tidak dikawal dengan baik, ia boleh membawa kepada kehancuran masyarakat.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana zina dan berbagai hubungan songsang yang semakin berleluasa disebabkan oleh kurangnya orang yang memilih untuk berkahwin.

3. Asas sebuah masyarakat
Perkahwinan membentuk asas sebuah keluarga dalam Islam dan keluarga yang banyak pula membentuk komuniti.

Dalam mana-mana masyarakat, bila hubungan kekeluargaan hancur, maka masyarakat itu juga akan runtuh.


Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

4. Teman hidup
Salah satu perkara paling indah yang dapat dialami dalam sebuah perkahwinan bukanlah hubungan seksual tetapi ikatan yang terjalin dengan teman hidup anda. Anda akan berkongsi perkara-perkara yang penting dan dekat dengan teman hidup anda.

Inilah kemanisan sebenar sebuah perkahwinan; bila anda boleh berkongsi suka duka, cita-cita, perasaan, cinta, dan hidup bersama.

5. Hubungan kekeluargaan
Bila dua orang manusia berkahwin, mereka juga akan membina ikatan antara dua keluarga dan membina satu keluarga yang besar. Hargailah hubungan ini.

Hubungan dengan keluarga boleh jadi baik atau sebaliknya, tapi terpulang pada anda.


Sumber: rumahtanggabahagia

No comments

Powered by Blogger.