5 Petua Mudah Nak Hilangkan Bau Kuat Cat Dalam Rumah - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

5 Petua Mudah Nak Hilangkan Bau Kuat Cat Dalam Rumah


Macam mana nak menghilangkan bau cat? Kebanyakkan orang, sebelum masuk ke rumah baru pasti ramai yang memikirkan untuk membuat renovation kat rumah baru mereka tu. 

Bila dah renovate rumah tu, mesti lah kena cat baru kan. Kebiasaanya dinding yang baru di sapu cat akan meninggalkan bau yang mungkin sesetengah orang tidak sukakannya.

1. Serbuk Kopi

Aroma yang tersendiri dan tajam boleh digunakan sebagai mengurangkan bau cat cat dinding. Sila masukkan beberapa mangkuk atau bekas lain dengan serbuk kopi, kemudian letakkan di sudut-sudut bilik.

2. Serbuk vanila

Letakkan serbuk vanila dalam mangkuk dan letakkan di sudut-sudut ruang supaya wangian vanila dapat meneutralkan aroma cat dinding baru.

3. Air dan Garam

Gunakan baldi atau besen, bergantung kepada saiz bilik dan isi dengan air dan campurkan garam secukupnya. Kemudian campuran air dan garam akan menyerap wap cat, supaya secara beransur-ansur bau yang menyengat cat dinding baru akan hilang.

4. Arang

Arang juga dapat digunakan untuk meneutralkan bau cat yang baru. Letakkanpada bekas, tutuplah pintu serta tingkap dan biarkan selama 1 malam.

5. Bawang Bombay

Potong bawang ke 2 bahagian, letakkan di sudut bilik lurus. Kemudian bau cat secara beransur-ansur akan hilang.

No comments

Powered by Blogger.