5 Tips Rahsia Agar Keluarga Sentiasa Bahagia - Abang Terlajak Laris


5 Tips Rahsia Agar Keluarga Sentiasa Bahagia


Bertengkar sekali sekala tidak mengapa kerana kata orang bergaduh manja-manja akan mengeratkan lagi hubungan.

Lagi pun tiada manusia yang sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan dalam hidup.

5 tips rahsia untuk diamalkan agar anda dan pasangan sentiasa bertambah bahagia.

1. Kawal marah
Sila mendiamkan diri jika pasangan sedang marah. Bayangkan jika masing-masing tidak mahu mengalah, mana mungkin ada jalan penyelesaian. Perselisihan faham adalah perkara biasa buat suami isteri teapi janganlah keterlaluan. Tidak ada pasang surut di alam rumahtangga pun bosan juga.

2. Hati hati dalam perbualan
Sebagai ketua keluarga, suami tahu peranannya untuk menjaga nama baik keluarga. Jika anda menjawab dan mempertingkaikan nasihatnya, perbualan yang baik akan bertukar menjadi satu pergaduhan.

3. Kritikan membina
Jika anda mahu mengkritik, kritiklah dengan penuh kasih sayang. Usah tersilap kritik kerana akibatnya pasangan anda akan terasa hati  dan menyimpan dendam buat anda. Cara mengkritik yang sesuai untuk suami isteri adalah dengan merendahkan nada, menatap mata pasangan, meletakkan tangan anda di bahu pasangan dan menghormati pendapat pasangan anda.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
4. Tolak ansur
Kedua-duanya perlu memainkan peranan. Hubungan suami isteri lebih indah apabila kedua-duanya sama-sama hidup susah dan senang. 

5. Beri Pujian
Memberi kepujian bermaksud anda masih menghargainya kerana kehadirannya di dalam hidup anda selama ini. 

Pokok pangkalnya, buanglah ego dalam diri dan cuba buat yang terbaik untuk kebahagiaan keluarga anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sumber: Keluargaku

No comments

Powered by Blogger.