6 Cara Mengembangkan Duit Di Dalam Bisnes - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

6 Cara Mengembangkan Duit Di Dalam Bisnes


Setiap perniagaan yang diusahakan pastinya kita ingin melihat ianya terus berkembang dan maju. Mungkin kita mahu ianya dikenali hingga ke luar negara. Langkah yang besar semestinya bermula dengan titik permulaan yang kecil. Disini abang kongsikan kepada anda sedikit tips untuk mengembang bisnes anda.

1) Kenalpasti niche bisnes anda – samada bakeri, dobi, printing, atau sebagainya.

2) Kenalpasti aktiviti utama bisnes anda. Sebagai contoh, anda terlibat dalam perniagaan bakeri dan menjual kek dan roti. Aktiviti utama perniagaan anda menjual roti dan kek.

3) Cipta lebih banyak aktiviti bisnes. Katakan, dalam masa yang sama anda pandai membuat roti dan kek. Adakan kelas mengajar kek dan roti. Mulakan dengan skala yang kecil dahulu. Asalkan bermula.

4) Kembangkan aktiviti jualan anda. Jika sekarang anda menjual roti dan kek kepada pelanggan akhir. Selepas ini, anda besarkan lagi jualan anda kepada channel-channel sekolah sebagai contoh nya.

5) Jaga cashflow. Selepas duit masuk, penting untuk jaga cashflow.

6) Bayar gaji kepada diri sendiri. Setiap penghujung bulan, bayar gaji kepada diri sendiri. Masukkan siap-siap gaji anda di dalam kos overhead.

Sebab utama perlu anda mencipta banyak aktiviti bisnes adalah untuk membuat duit lebih banyak untuk bisnes anda.

Tujuan utama untuk anda membayar gaji kepada diri sendiri, supaya anda dapat penuhkan Tabung Kekayaan secepat yang mungkin.

Mudah-mudahan target 3 atau 4 tahun untuk tabung tersebut penuh menjadi 1 juta menjadi kenyataan. Amin.

Sumber: Puan Reni bt Rahmat

No comments

Powered by Blogger.